Mencari Benih Kucai?

KucaiPolistrin1.jpg

MENCARI BENIH KUCAI?
Dapatkan benih kucai di sini beserta panduan menanam dan penerangan lain.

MENGAPA KITA PATUT TANAM KUCAI ?

Kucai adalah tanaman keperluan dapur yg unik. Ianya merupakan sayuran pelbagai guna, mudah ditanam, mudah dijaga & tahan lasak. Tanam sekali boleh dituai terus-menerus berkali-kali.  Kucai jarang diserang penyakit atau serangga. Tidak memerlukan kawasan yg luas. Boleh ditanam dlm pasu, kotak polistrin atau atas tanah.

Selain dijadikan bahan sayuran berkhasiat, kucai juga penahan serangga secara semulajadi.

Selain dari itu, tanaman kucai juga tidak memerlukan masa yang banyak seperti sayuran lain. Masa yang diperlukan adalah minima sahaja, beberapa minit sahaja sehari. Ini memberi peluang kepada mereka yang bekerja dan tidak mempunyai masa yang banyak.

PANDUAN MENANAM KUCAI

Perkara utama utk tanam kucai (juga kebanyakan sayuran lain) ialah anda mestilah menggunakan benih yang sesuai & berkualiti. Anda perlu guna benih dari ubi kucai. Ini perlu bagi pertumbuhan kucai yg baik, mudah & boleh membiak dengan lebih cepat. Benih dari biji kucai biasanya susah untuk tumbuh atau bercambah. Malahan kalau tumbuh pun biasanya sukar & lambat membiak.

Perkara seterusnya yg penting dlm penanaman kucai (juga sayuran lain) ialah mestilah menggunakan tanah yg subur. Ini  merupakan tanah top soil atau campuran tanah hitam. Elok dicampur kompos dan/atau najis haiwan kering, reput & hancur.
Benih kucai yg kami bekalkan telah siapsedia untuk ditanam terus. Siram selepas tanam & lepas itu siram jika kering atau tiada hujan. Air terlalu banyak atau tanah terlalu lembab kurang sesuai. Perlu elak air dari bertakung.
Kucai perlukan cahaya matahari yg banyak.

Benih kucai dari jambaknya mestilah ditanam keseluruhan ubinya kedalam tanah hingga ke paras batangnya. Biar tinggal tunasnya kira-kira 1-2cm yang nampak.

Panduan rengkas paras menanam benih ubi kucai seperti gambar berikut:PanduanArasTnm.jpg



BAGAIMANA MENDAPATKAN BENIH KUCAI ?

Kami ada menjual benih kucai yg berkualiti, secara pos atau ambil sendiri (di Gombak). Benih yg dibekal berupa ubi pokok kucai. Telah disiapsedia untuk ditanam terus. Sejambak terdiri dari 4-5btg ubi kucai. Harga satu jambak rm5. Jika beli 5jambak, diberi percuma 1jambak. Pos laju ke Semenanjung rm5, ke Sabah/ Sarawak rm10.
PERCUMA: Satu peket percuma (termasuk pos) benih pokok ulam raja ATAU benih bendi panjang bagi setiap pembelian benih kucai dari kami selagi stok masih ada.

Potongan harga menarik diberikan kepada pembelian benih kucai secara pukal/borong.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut sila Tel/WA 019-3835152 Ramli Ahmad.
fb: https://www.facebook.com/ramli.ahmad.106

PERTANYAAN DAN JAWAPAN KEMUSYKILAN MENAMAN KUCAI

SOALAN: Bolehkah jambak benih kucai itu diceraikan sebelum ditanam?
JAWAPAN: Biasanya ubi kucai berangkai & berkait antara satu dengan lain, jadi lebih elok tanam satu jambak sekali. Jika diasingkan maka ini akan melambatkan proses pertumbuhan dan pembiakannya, kecuali kalau dah tercerai atau ubi kucai itu tidak berangkai.

SOALAN: Bolehkah dihantar benih kucai ke Sabah/Sarawak? Adakah boleh tahan dalam penghantaran?
JAWAPAN: Kami menghantar benih kucai ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah/Sarawak. Benih ubi kucai ini adalah tahan lasak dan boleh tahan 1 minggu. Tiada masalah dalam penghantaran kerana poslaju biasanya mengambil masa 2-3 hari sahaja.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tanam Sayur Kucai Dalam Kotak Polistrin Terpakai, Kenapa?