Posts

Showing posts from March, 2017

Tanam Sayur Kucai Dalam Kotak Polistrin Terpakai, Kenapa?

Image
Terdapat beberapa kelebihan menanam sayur kucai (atau sayur lain juga) dalam kotak polistrin terpakai: Ini dapat mengelak pembaziran, jimat & kurangkan kos  belanja, kurangkan bahan buangan & sampah, amalan mesra alam, amalan kitar semula yang mana merupakan amalan yg baik. Satu yang sangat penting juga ialah bagi memudahkan pengurusan terutama kawalan rumpai. Saya tanam KUCAI semua dalam bekas kotak polistrin kitar semula. Guna kotak polistrin yg nak dibuang, jimat, tak perlu keluar belanja. Kalau kotak tu besar atau tinggi sangat, boleh kerat dua, lagi bertambah jimat. WA saya 0193835152.

Mencari Benih Kucai?

Image
MENCARI BENIH KUCAI? Dapatkan benih kucai di sini beserta panduan menanam dan penerangan lain. MENGAPA KITA PATUT TANAM KUCAI ? Kucai adalah tanaman keperluan dapur yg unik. Ianya merupakan sayuran pelbagai guna, mudah ditanam, mudah dijaga & tahan lasak. Tanam sekali boleh dituai terus-menerus berkali-kali.  Kucai jarang diserang penyakit atau serangga. Tidak memerlukan kawasan yg luas. Boleh ditanam dlm pasu, kotak polistrin atau atas tanah. Selain dijadikan bahan sayuran berkhasiat, kucai juga penahan serangga secara semulajadi. Selain dari itu, tanaman kucai juga tidak memerlukan masa yang banyak seperti sayuran lain. Masa yang diperlukan adalah minima sahaja, beberapa minit sahaja sehari. Ini memberi peluang kepada mereka yang bekerja dan tidak mempunyai masa yang banyak. PANDUAN MENANAM KUCAI Perkara utama utk tanam kucai (juga kebanyakan sayuran lain) ialah anda mestilah menggunakan benih yang sesuai & berkualiti. Anda perlu guna benih dari ubi ku